Friday, December 30, 2011

Lima 2011 Makes It Into The Malaysia Book Of Records

Langkawi , 11  December 2011 : The Langkawi Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) 2011 which ended yesterday entered the Malaysia Book of Records (MBR) as the largest aerospace and maritime exhibition ever organized in this country.

With a significant increase in the number of both exhibitors and visitors, LIMA 2011 scored a new Malaysian record with 403 exhibiting companies (including 225 major companies from the industry) and 160,000 visitors over five days (up from 71,000 visitors at LIMA 2009). 

Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enthusiastically pronounced LIMA 2011 as the best one ever, producing not just a massive turnout in exhibitors and visitors, but also in terms of the amount of business and trade generated and enormous boost to the economy.

"This event has been more than an exhibition. It proved just how much the Malaysian defense industry is capable of contributing to the country's income," he said during the closing ceremony at the Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) in Padang Matsirat.

Dr Ahmad announced that the Ministry has decided to award the contract for LIMA 2013 again to HW LIMA Sdn Bhd after noting the company's excellent performance this year. He also announced that LIMA 2013 will not be held in December as usual but from 26-30 March instead.

According to the Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), business transactions conducted during this year's LIMA registered potential sales worth US$ 43.6 million (RM 137.2 million).
It is estimated that around 45,000 spectators showed up to watch the maritime show, compared to about 23,000 during LIMA 2009. -- Source from LADA website

Tuesday, December 27, 2011

Lim Guan Eng Akui Kemampuan Kapal Selam, Tahap Profesionalisme TLDM

LANGKAWI, 9 Dis (Bernama) -- Selepas melalui pengalaman menyelam bersama kapal selam KD Tun Razak selama satu setengah jam Jumaat, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengakui akan kemampuan kapal selam negara yang sebelum ini menjadi kritikan beberapa pemimpin pembangkang yang dikatakan tidak dapat menyelam.


Lim turut menyifatkan pengalamannya menaiki kapal selam buat pertama kali hari ini sebagai sesuatu yang menarik dan mengujakan selain memuji sikap profesionalisme pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

"Kita menyelam 30 meter. Ia tidak dapat diragukan lagi," katanya kepada pemberita selepas melalui pengalaman menyelam dan tiba dengan helikopter di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, di sini hari ini.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata beliau sangat tertarik dengan sikap profesionalisme pegawai pemerintah dan anak anak kapal.

"Jika anda memasuki kapal selam, ia merupakan ruang terkurung. Bagi 32 pegawai dan kru yang mampu mengendalikannya dalam ruang yang terkurung untuk satu tempoh yang lama, ia adalah sesuatu yang luar biasa dan pencapaian yang hebat. Saya amat bangga dengan mereka," katanya.

Katanya beliau menghargai sumbangan wira-wira negara yang berkhidmat untuk negara dan sanggup berkorban untuk negara, dan profesionalisme mereka tidak perlu dipertikaikan.

Bagaimanapun, beliau mempunyai pandangan yang berbeza mengenai kos kapal selam itu.

"Kita perlu ada kapal selam. Tapi ada satu perkara yang kami mempunyai pandangan sendiri iaitu mengenai kosnya," katanya.

Lim berkata beliau dijemput oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menaiki kapal selam itu dan beliau menerimanya kerana mahu melihat sendiri keadaan kapal selam itu.

Bersama Lim menyelam dengan KD Tun Razak adalah kedua-dua Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman dan Dr P Ramasamy. Turut sama berada dalam kapal selam itu adalah tiga wakil media daripada Bernama dan TV3.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang menyambut Lim di lapangan terbang itu berkata kapal selam KD Tun Razak bergerak 45 batu nautika selama lima jam sejak pukul 10 pagi sebelum dapat menyelam, berikutan keadaan yang cetek di perairan Langkawi.

Katanya beliau berharap Lim akan menceritakan perkara sebenar berkenaan pengalaman beliau hari ini supaya isu berkaitan pertahanan tidak dipolitikkan.

-- BERNAMA

 

Monday, December 26, 2011

Pesara Tentera Digalak Sertai Projek Industri Pertahanan Di Sungkai - Zahid

BAGAN DATOH: Pesara tentera Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam industri pertahanan terutamanya dalam bidang kejuruteraan digalak menyertai projek Pusat Industri Pertahanan di Sungkai, Tanjung Malim Perak yang dijangka dimulakan dalam suku pertama tahun depan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pesara tentera yang terlibat dalam industri pertahanan harus memanfaatkan projek itu kerana ia membuka peluang besar dalam perniagaan baru selain menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya kerajaan meletakkan sasaran pelaburan asing bernilai RM15 bilion apabila pusat industri pertahanan itu beroperasi sepenuhnya nanti.

Beliau berkata sehingga kini sebanyak 25 syarikat pertahanan antarabangsa telah menunjukkan minat iaitu 15 dari Eropah, Amerika Syarikat (lapan) dan dua dari Korea dengan nilai pelaburan bejumlah RM4.73 bilion.

"Selain itu, syarikat dari China dan India juga menunjukkan minat untuk melabur dalam projek berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya umum Ke-13 peringkat Parlimen Bagan Datoh, di sini.

Ahmad Zahid berkata industri pertahanan akan menjadi cabang ekonomi bentuk baru terutamanya dalam industri pembuatan yang bakal menjadi popular di negara ini dan peringkat antarabangsa dalam tempoh terdekat ini.

"Perkembangan bidang industri terbaru ini pasti akan memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan dan pesara tentera terutamanya yang tinggal di sekitar Tanjung Malim.

"Limpahan industri ini turut akan memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi bandar berdekatan termasuk Bandar Proton di Tapah, Cameron Highlands dan Kampar apabila projek berkenaan berjaya dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya. - BERNAMA

Wednesday, December 14, 2011

LIMA 2011 paling berjaya, tarik 125,000 pengunjung - Zahid

10/12/2011 8:57pm

LANGKAWI 10 Dis. -Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA "11) akan dapat menarik 125,000 pengunjung apabila ia berakhir di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) petang ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah pengunjung itu termasuk 34,000 pelawat perdagangan pada segmen udara dalam pameran itu di MIEC.

"Bagi segmen maritim, kita menerima 21,000 pengunjung bagi pelawat kerjaya dan begitu juga 14,000 pelawat kapal," katanya kepada pemberita di sini, hari ini, hari terakhir pada pameran lima hari itu.

Ahmad Zahid menyifatkan edisi ke-11 LIMA sebagai yang paling berjaya sejak ia pertama kali diadakan pada 1991.

Malaysia Book of Records juga mengiktiraf pameran udara LIMA "11 sebagai yang paling besar pernah diadakan di Malaysia dengan menyerahkan sijil itu kepada menteri. - Bernama

Thursday, December 8, 2011

Mencari makna kemunculan JUSA dan Turus Korporat — Dr Khir Toyo


7 DIS — Rentetan tulisan saya sebelum ini mengenai kemasukan korporat sebagai pegawai JUSA, ramai yang membantah dan ramai juga yang menyokong. Yang menyokong cadangan kemasukan ini terdiri kebanyakan mereka yang kecewa dengan perkhidmatan kerajaan dan juga mereka yang melihat kumpulan PTD sebagai kumpulan elit yang menguasai pentadbiran utama negara.
 
Jika membaca kenyataan akhbar mengenai cadangan tersebut nyata tumpuan kerajaan bukanlah untuk menaikkan pangkat pegawai kerajaan di luar PTD tetapi untuk membawa masuk tokoh-tokoh korporat sebagai pegawai JUSA Utama dan Turus. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh masuk dari luar dan melompat hirarki pentadbiran kerajaan terus menjadi Ketua Setiuasaha Negara dan Ketua Setiausaha Kementerian.

PTD Sebagai Kumpulan Elit?

Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap PTD. Bagi saya, jika mereka cuai, malas, tidak berdisiplin maka tindakan disiplin dan hukuman perlu dikenakan. Namun janganlah diborong semua PTD tidak bertanggungjawab, lemah dan tidak boleh diharap. Ramai yang telah memberi sumbangan besar kepada perjalanan jentera kerajaan sejak dahulu sehingga sekarang.

Untuk menjadi PTD mereka harus melalui beberapa ujian, peperiksaan, tapisan dan saringan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Justeru jika sesiapa yang berminat untuk memegang jawatan yang dikuasai oleh PTD mereka haruslah melepasi ujian-ujian dan saringan tersebut.

Berdasarkan komen-komen dalam ulasan pertama isu ini, saya faham sebahagian pegawai kerajaan di luar kumpulan PTD kecewa melihat kenaikan pangkat dan gaji mereka tersekat tanpa dapat mencecah kumpulan JUSA.

Bagi saya jika kita mahu memasuki sesuatu bidang maka kita perlu melepasi kehendak dan keperluan bidang tersebut. Jika kita mahu memegang apa-apa jawatan di mana-mana syarikat, agensi mahu pun pasukan keselamatan, maka kita harus melepasi atau memenuhi kehendak-kehendak organisasi terbabit. Demikian juga dengan perkhidmatan dalam PTD.

Saya bersetuju jika pegawai kanan kerajaan yang telah lama berkhidmat diberi peluang melalui saringan PTD dan dimasukkan ke dalam kumpulan JUSA jika layak. Yang saya tidak setuju ialah membawa kumpulan korporat yang tidak memahami pentadbiran kerajaan berada di tingkat atas dalam hirarki kerajaan. Sebenarnya kepakaran kumpulan boleh digunakan oleh kerajaan pada bila-bila masa melalui lantikan sebagai penasihat kepada Menteri atau Perdana Menteri.

Penggubal Polisi dan Pelaksana

Kakitangan kerajaan termasuk JUSA dan Turus adalah pelaksana polisi kerajaan. Terdapat tiga sebab mengapa polisi kerajaan gagal dilaksanakan dengan baik.

Pertamanya, polisi itu sendiri tidak boleh dilaksanakan secara praktikal maka tidak ada apa yang boleh dibuat oleh kakitangan kerajaan termasuk kumpulan JUSA dari korporat pun. Dengan kata lain, polisi yang dibuat oleh kerajaan harus praktikal dan boleh dilaksanakan.

Keduanya, polisi tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat terlalu banyak karenah birokrasi dalam kerajaan. Misalnya kelulusan sesuatu peruntukan atau bantuan perlu melalui pelbagai peringkat jabatan sehingga membabitkan tiga atau empat tandatagan. Dalam keadaan ini, kemasukan tokoh korporat dari luar sebagai Ketua Setiausaha pun tidak akan mampu mengatasi isu ini jika prosedur sedia ada tidak berubah.

Ketiga, sikap sambil lewa pegawai kerajaan. Dalam setandan pisang pasti ada yang tidak baik. Maka proses motivasi, kaunseling, amaran, hukuman bersifat simbolik dan tindakan tatatertib perlu dibuat. Jangan kerana sekumpulan pegawai yang bermasalah maka seluruh kelompok PTD dipersalahkan. Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Jika dilihat daripada ketiga-tiga sebab ini, kemasukan orang korporat ke dalam kerajaan tidak memberi apa-apa kesan jika keadaan tersebut tidak berubah terutamanya dari segi penggubalan polisi yang tidak mapan. Malah seorang tokoh korporat yang hebat pun tidak akan mampu membuat sebarang perubahan jika beliau terikat kepada birokrasi yang sama.

Siapa Pembuat Polisi?

Ada yang mengatakan bahawa kemasukan kumpulan korporat sebagai JUSA akan memantapkan lagi polisi negara. Apakah ini bermakna Perdana Menteri telah hilang kepercayaan kepada kemampuan para Menterinya untuk memimpin Kementeriannya membentuk polisi-polisi yang baik untuk negara dan diterima rakyat.

Soalnya siapa yang sepatutnya membuat polisi, Menteri atau JUSA? Jika JUSA korporat akan diberi tanggungjawab membuat polisi, Menteri jadi apa? Tukang angguk?

Sesuatu polisi kerajaan harus dirangka dan difahami oleh Menteri sebelum diminta pegawai kerajaan melaksanakannya. Adalah tugas menteri untuk berfikir, mencari pandangan pihak luar sama ada di kalangan ahli korporat, ahli akademik mahupun pakar-pakar dalam bidang tertentu sebelum Kementeriannya menggubal polisi untuk di bawa ke kabinet bagi kelulusan.

Apakah daripada 140 orang ahli Parlimen Barisan Nasional ini tidak ada yang pintar, cerdik dan mampu berfikir, seperti ahli tokoh-tokoh yang hendak dibawa masuk sebagai JUSA, untuk dilantik sebagai Menteri?

Masalah Individu Korporat

Kebanyakan mereka di dalam bidang korporat merupakan kumpulan manusia yang berorientasikan materialistik dan keuntungan organisasi. Apakah mereka mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran kerajaan yang lebih berorientasikan keuntungan kepada rakyat dan masyarakat melebihi keuntungan kepada kerajaan?

Jangan nanti kemasukan JUSA luar ini menjadikan mereka kumpulan yang lebih berkuasa daripada Menteri. Ini akan menyebabkan banyak polisi kerajaan tidak lagi mengambil kira kepentingan rakyat dan survival Barisan Nasional. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (Government-Linked Company - GLC). Adakah mereka ini menambahkan kasih sayang rakyat kepada kerajaan dan Barisan Nasional atau sebaliknya?

Jangan nanti kerajaan sudah menjadi organisasi korporat yang akhirnya dibenci rakyat kerana polisi-polisi yang digubal oleh kumpulan ini. — drkhir.com

* Dr Khir Toyo adalah ADUN Sungai Panjang dan bekas Menteri Besar Selangor.