Colek Kerang Rebus We Sau Pee. Bulan Ramadhan. Antara makanan yang wajib dinikmati semasa berbuka puasa atau selepas sembahyang tarawih ialah Colek Kerang.
1. 1 kilo kerang. Basuh dan rendam dalam air bersih selama 2 jam.
2. 5 ulas bawang putih ditumbuk kasar.
3. 1 cm halia ditumbuk kasar.
4. 2 batang serai ditumbuk.
5. 3/4 sudu teh garam.
Cara-cara penyediaan:
Bilas kerang yang telah dibersihkan dengan air dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan di atas. Untuk mendapatkan perisa yang baik, bahan-bahan tadi hendaklah berada di bahagian bawah periuk. Paras air rebusan sama rata dengan kerang (tidak tenggelam sepenuhnya).
Rebus sehingga air mendidih. Untuk memastikan isi kerang tidak kecut dan keras, pastikan didihan hanya selama 30 saat dan angkat serta buang air rebusan yang masih panas. Sekarang, Keras Rebus We Sau Pee sedia untuk dihidangkan. Enak dicicah dengan Sos Cili Thai.
Chef We Sau Pee