Ada orang suka mengasuh. Ada orang lagi suka kalau diasuh.
Suka mengasuh mungkin kerana keinginan nak tangkap udang di sebalik maggi. Atau pun kerana terpaksa sebab kalau tak mengasuh akan dicop tak pandai jaga boss atau dikata tak perfom. Esok esok markah LNPT dapat rendah.
Suka diasuh pula sebab dapat feel macam raja. Makan orang suap. Bil orang bayar. Nak sesuatu pasti akan dapat, tak payah bersusah payah berusaha. Semua dilakukan oleh pengasuh.
Ironinya, orang yang mengasuh ni bergaji tak berapa besar, pitih tak berapa nak ada. Cukup-cukup tanggung makan sendiri dan anak bini sahaja. Kalau ada lebih pun kerana bayaran OT baru sahaja masuk. Satu lagi ada juga pengasuh yang orang panggil “Lembu”. Yang ni ada duit banyak, tapi bukan duit sendiri pun. Ada peruntukan duit elaun entertainment untuk dibelanjakan ke atas orang yang suka diasuh.
Yang jenis suka diasuh pula selalunya gaji besar, pangkat besar, rumah besar, kereta besar, perut besar, bini besar, nafsu besar. Bila membeli duit kertas pun berangka besar.
Tapi ada juga yang gaji dan pangkat tak ada lah besar mana. Tapi ada kuasa besar. Berlagak besar. Kepala pun besar macam buah nyor. Yang jenis ini memang akan perah habis-habisan anak buah untuk mengasuh dia. Nak beli teh o beng ikat tepi pun suruh anak buah pergi beli tapi duit tak bagi pun. Bila keluar makan, order yang sedap sedap dan mahal seperti siakap harimau menangis. Tapi bila dah habis makan, buat tak tahu. Duduk bodoh je. Last-last anak buah bangun dengan jeling-jeling kawan sebelah suruh ikut ke kaunter untuk tolong top up bayar. Atau nak bagitau kat tokey kedai yang makan tu boss dia. Peluh keluar berejat-rejat bawah ketiak.
Kepada yang rasa dia boss-boss tu, cukup-cukuplah menyiksa anak buah untuk mengasuh atau cari lembu-lembu berdompet besar, ejen haram atau majikan, kontraktor untuk jadi bahan mengasuh kamu tu. Tak berkat hidup masa depan. Duit elaun keraian yang ada tu, guna lah buat belanja anak buah.
Kepada yang suka mengasuh tu, boleh teruskan jadi pengasuh yang baik tapi bukannya jadi pengasuh boss kerana nak dapatkan habuan udang di sebalik maggi. Jadi pengasuh sejati. Buat kerja kerana tanggungjawab untuk menjalankan amanah kerjaya, agama, bangsa dan negara. Boss pun akan suka dan sayang.
Sikap ketuanan yang suka diasuh dan suka mengasuh ini lah BIASANYA membuka kepada perbuatan rasuah dan salah guna kuasa. Oleh kerana nak mengasuhlah menyebabkan orang bawahan sering pergi turun padang mencari roti pau atau memberi salam “Assalamu’alaikum” sambil tangan menadah tempurug.
Bagi Ripin Niknah, kalau jumpa orang-orang sebegini, alamatnya nak kene pelangkung dengan tempurung nyior lah orang itu๐ก Atau pun buat report kepada SPOTRIM.
Okay lah, selamat malam dan salam mesra.