Wednesday, October 5, 2011

386 syarikat sertai Lima11

myMetro Ahad

Selasa, 04 Oktober 2011

 

Harian Metro

·         Versi Mobile

·         RSS

·         1klassifieds

·         iMetro

·         Akhbar Digital

·         Team Metro

myMetro bullet Setempat

386 syarikat sertai Lima11

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Sebanyak 386 syarikat penerbangan seluruh dunia membabitkan 33 negara dijangka menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi ke-11 (Lima11) yang akan berlangsung di Langkawi pada 6 hingga 10 Disember depan.

Pengarah Urusan HW Exhibition Sdn Bhd, Ahmad Dzuhri Abdul Wahab, berkata antara syarikat pesawat dan kapal yang sudah mengesahkan penyertaan adalah Airbus, Boeing, Dassault, Gulfstream, Embraer, SAAB, Sukhoi, Eurocopter, Agusta Westland, Sikorsky, Helikopter Bell, Fincantieri, Daewoo Shipbuilding, Navantia, Damen Shipyard, Blohm dan Voss, Lurssen, Goa Shipyard dan DCNS.


"Selain itu, pihak penganjur dimaklumkan pengesahan kehadiran 42 pesawat dan 30 kapal memeriahkan persembahan aerobatik udara dan statik antaranya Gulf stream G45 Business Jet, Cessna Caravan, A400M, Su30 MKM, F/A-18D, F-18 Super Hornet, MiG-29N, Super Lynx, Bombardier, Agusta A109, Mi17 S&R Helikopter, Eurofighter Typhoon, AH6i, Boeing dan banyak lagi," katanya.

Menurutnya, sehingga kini 85 peratus tapak pameran di Dewan Mahsuri, Langkawi sudah dipenuhi dan akan digunakan sebagai ruang komersial dengan penganjuran Lima pada kali ini memperkenalkan tiga sektor tumpuan baru iaitu sektor perdagangan, penerbangan komersial dan sektor pengurusan lapangan terbang.


Katanya, Lima11 yang mendapat kerjasama Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertahanan menyasarkan mewujudkan pameran menarik yang mampu menyediakan peluang perniagaan terbaik, mempromosikan produk penerbangan, meningkatkan kesedaran syarikat dan produk, membina jenama selain meningkatkan pelaburan tinggi kepada peserta pameran.


"Bagi negara Asean, sebanyak 108 syarikat penerbangan dijemput menyertai acara dua tahun sekali itu dengan 20 peratus penyertaan Lima kali ini membabitkan syarikat penerbangan baru daripada sektor maritim dan aeroangkasa," katanya.

Katanya, Lima 2009 menarik perhatian hampir 400 syarikat pertahanan membabitkan 60 negara, 38,000 pelawat, 400 wartawan seluruh dunia dan 210 delegasi industri pertahanan antarabangsa.

No comments: