Sunday, October 14, 2012

PTD dan Parlimen

Semasa saya di sekolah dan universiti dulu, saya selalu tertanya-tanya macam mana Menteri boleh tahu semua perkara dan mampu menjawab serta berbahas di dalam Parlimen. Tersangatlah kagum saya dengan orang politik yang tahu semua benda.

Anda nak tahu apa rahsia Menteri kita boleh tahu semua perkara? Jawapannya adalah kebanyakannya jawapan disediakan oleh pegawai kerajaan. Pegawai kerajaan itu adalah tidak lain tidak bukan adalah PTD serta pegawai-pegawai dari perkhidmatan lain.

Pertama kali saya masuk bangunan Parlimen ialah semasa saya bergelar seorang PTD junior. Tugas saya masa itu ialah mendengar perbahasan ahli-ahli parlimen dan mencatat perkara-perkara atau isu-isu yang dibangkitkan oleh ahli parlimen yang menyentuh kementerian saya.

Selesai bertugas, saya akan sediakan laporan dan serahkan kepada unit bertanggungjawab sebelum sesi parlimen keesokan harinya bermula. Unit berkenaan akan tentukan jabatan/bahagian yang perlu sediakan maklumbalas segera (sediakan jawapan la tu).

Setiapkali Menteri membahaskan sesuatu perkara, input-input perbahasan disediakan oleh pegawai PTD. Terserah kepada Menteri bagaimana menyampaikannya di dalam dewan parlimen.

Antara saat yang paling mencabar, meresahkan, tekanan tinggi ditambah lagi dengan tuntutan keperluan "on-the-spot" ialah semasa sesi soal jawab dan perbahasan penggulungan oleh Menteri.

Ini kerana, ketika inilah akan ada soalan-soalan tambahan kepada Menteri daripada ahli parlimen. Yang membuatkan ianya mencabar adalah soalan tersebut perlu dijawab serta-merta oleh Menteri. Jadi, apa lagi pegawai PTD ketika itu berhempas-pulas lah menulis jawapan dalam masa dua tiga minit. Telefon masa itu, aset yang sangat berharga. Mana-mana jawapan yang PTD tak tahu, terpaksalah telefon bos, pegawai lain atau kawan-kawan PTD lain.

Kerja sebegini amat "bertekanan tinggi" tetapi kepuasan dia memang tidak boleh digambarkan apabila Menteri menjawab seperti yang kita tulis ditambah lagi dengan gaya olahan Menteri yang menampakkan jawapan kita itu sempurna!

Berminat nak jadi PTD? Lawat http://www.spa.gov.my

EXCLUSIVE:  Most of the readers will not miss to read the article below. A very insightful words written by a PTD on How to become a PTD, How a PTD thinks, speaks, teamwork, leads and handling the pressures. A must read if you are interested in becoming a respectable PTD!

PTD aspirants WAJIB/MUST read this PTD The Premier Service and Glamour Civil Servant

No comments: