Thursday, October 23, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi / Pickled Young Manggo

Di media sosial, seperti sudah menjadi kegilaan ramai dengan jeruk terbaru...jeruk mangga asam boi. Okay, saya pun ingin berkongsi cara-cara hendak membuat jeruk asam boi yang dikatakan lazat, masam-masam masin dan manis. Saya nak tambah lagi rasanya supaya lebih power dan menyengat.

Bahan-bahan:-

1. Buah mangga muda. Seelok-eloknya yang sudah tua tapi belum masak.
2. Gula secukup rasa.
3. Garam secukup rasa.
4. Gula merah atau gula melaka.
5. Cili padi merah. Buang biji dan dipotong halus.
6. Asam boi.
* Air atau cuka tidak digunakan sama sekali!

Cara-cara membuat.

1. Kopek kulit mangga dan basuh. Hiris mangga tidak terlalu nipis tidak terlalu tebal. Pastikan mangga tidak basah. Masukkan ke dalam mangkuk supaya mudah untuk digaul.
2. Campurkan mangga tadi dengan asam boi, gula yang banyak, sedikit garam, gula melaka yang telah dihancurkan dan cili padi merah yang telah dipotong halus. Gaulkan sehingga rata.
3. Biarkan campuran tadi selama satu jam sehingga semua gula, garam dan gula melaka telah benar-benar hancur. Gaulkan lagi setiap 30 minit untuk 3 jam lagi agar campuran betul-betul sebati.
4. Sebagai petunjuk jeruk mangga sudah sedia untuk dimakan ialah apabila terdapat air dalam mangkuk. Air ini ialah air daripada buah mangga yang telah meresap keluar kerana proses dehidrasi apabila dicampur gula dan garam.
5. Selepas 3 jam masukkan jeruk tadi ke dalam peti ais sehingga sejuk.
6. Jeruk Mangga Asam Boi sedia untuk dimakan!

Selamat mencuba!!!

-- Chef Saupee

No comments: