Sunday, February 8, 2015

Cerpen

CERPEN. Apa itu cerpen?

Semasa aku di sekolah menengah dulu aku sering baca majalah dewan siswa dan buku-buku cerita. Kadang-kadang aku selalu juga pinjam buku di perpustakaan. Antara buku yang aku cari ialah buku yang tidak berapa tebal sangat atau kalau tebal, isi di dalamnya adalah koleksi cerita-cerita yang tidak panjang sangat.

Moral 'of the story' nya ialah aku tak suka baca buku, bahan bacaan, novel yang panjang-panjang berjela-jela sampai ambil seminggu baru habis baca.

Sebab itu aku suka cari CERPEN yang bermaksud cerita pendek!. Dulu aku suka baca cerpen. Apa kata kalau aku cuba berjinak-jinak jadi penulis cerpen pula? Emmm bagus juga ni.

No comments: