Saturday, April 2, 2016

Sokong Jangan Boikot Proton, Petronas

Korang nak sokong, bangkang, boikot parti mana pun, itu korang punya masalah.

Tetapi Proton dan Petronas bukan parti politik. Jurutera, akauntan, pemandu, pengguna, jurujual, agen insurans, jurukimpal, jurugali, geologis, jurupam minyak, pelanggan, jenama, bank yang beri pinjam, industri sokongan di hulu dan hilir semuanya adalah rakyat Malaysia. Ada ahli Umno, ada ahli PAS, ahli PKR, ahli MCA, ahli MIC, ahli DAP, ahli PBB dan ahli parti-parti kerajaan dan pembangkang.

Kalau korang rasa harga korang bayar tu mahal, korang fikirlah bahawa duit korang tu semuanya pergi ke tangan orang Malaysia.

Jadi kalau korang nak boikot Proton dan Petronas, aku TAK SETUJU!

#akupemilikkeretaprotongunaminyakpetronas #belilahbaranganbuatanMalaysia

No comments: