Ripin baru sudah makan durian. Ripin menulis.
Seorang bekas Pengerusi ditahan SPRM untuk siasatan kerana perlakuan rasuah.
# Kau kata SPRM main wayang. Persoal sama ada bekas Pengerusi akan didapati bersalah dan meramal dia akan bebas. Sebelum ini, kau minta bekas Pengerusi letak jawatan atau dipecat. Kau minta SPRM siasat semua perlakuan rasuah bekas Pengerusi ini dan desak supaya didapati bersalah.
Seorang Ketua Menteri didakwa di mahkamah oleh SPRM kerana tuduhan perlakuan rasuah.
# Kau persoal SPRM kerana hendak menjatuhkan orang ini. Kau cabar di mahkamah dan berhujah akta ini, seksyen itu, melanggar Perlembagaan.
Seorang Exco ditahan SPRM untuk siasatan perlakuan rasuah.
# Kau cabar di mahkamah. Kau kata penahanan tidak sah.
Seorang Perdana Menteri kau tuduh melakukan perlakuan rasuah terbesar dalam sejarah Malaysia.
# Kau desak SPRM siasat dan ambil tindakan. Kau berdemo desak Perdana Menteri letak jawatan.
Seorang bekas Perdana Menteri, dulu la.
# Kau kata penzalim, penyangak, perompak, Mahaperasuah dan macam bagai gelaran. Hari-hari kau keluar kenyataan media, kau berhujah di Parlimen, kau berdemo berkilo-kilometer. Macam-macam kau desak SPRM (dulunya dikenali BPR) supaya tangkap, siasat dan dakwa jerung besar ini. Sekarang, kau kata bekas Perdana Menteri ini penyelamat negara. Kau lantik dia jadi bos kau. Kau kata dia sudah sedar diri. Tapi, seingat negara ini, tidak pernah pula diberitakan bahawa bekas Perdana Menteri itu mengaku bahawa dia sudah insaf, mengaku perlakuan rasuah yang kau kata dulu.
Ripin pelik lah. Ripin pening. Apa kau merepek ni hah? Mungkin sebab Ripin Niknah makan durian banyak sangat kot.
Okay, good nite. Ripin nak tidur awal. Ripin kena bangun awal, nak pergi kutip durian, takut ada orang lain pergi kutip awal. Sekarang ramai tukang kutip durian bermata merah. Dia jual durian untuk beli ubat yang kuda selalu makan walau tak sakit. Maklumlah, durian kampung pun dah jual timbang kilo.
#ripinbencirasuah
#ripintolakrasuah
No comments:
Post a Comment