1 Disember 2016
Hari ini aku melapor diri di Depot Imigresen Tanah Merah. Katanya kena jadi Pengarah Negeri. Hati berdebar kenalin nak berdepan beratus pegawai imigresen.
Hujan lebat dan rintik-rintik sepanjang jalan. Mujur tidak banjir. Sampai saja di sana diarahkan periksa barisan. Pengacara berteriak kata “PIN sudah sampai. Semua diminta berdiri!” Lagu Negaraku dimainkan. Seorang PIK sebelah aku cakap “Tuan kena angkat tangan tabik tuan.” Aku akur.
Kemudian aku dihulur kertas bertulis dan disuruh berucap. Habis sahaja berucap satu demonstrasi oleh pegawai imigresen sambil pakai baju kalis api, bertopi dan tongkat kayu memukul-mukul perisai. Tak puas hati dengan aku ke? Aku tanya dalam hati.
Tiba-tiba ada rusuhan tahanan PATI. Seorang PATI mari menerkam ke arah aku. Dia katok aku. Adusss sakitnya. Lantas aku bingkas bangun. Urgghhh bermimpi pagi rupanya aku.
#oneyearanniversary
#setahunjadipin
#ramaitaksukaaku
#1DisemberHariImigresen
Selamat Hari Imigresen semua!!! 😄😄😄
1 comment:
tahniah bohh dh genap setahun dlm jim kelate.
mmmm pik tu ambe tu boh...hehehe..tabik jgn tk tabik bohh
semoga terus maju jaya bohhh
Post a Comment