Antara minat saya yang paling utama ialah berkebun". Dengan adanya lebihan tanah di belakang rumah lebih kurang 18' x 15', saya mula menanam beberapa ulam-ulaman, sayur-sayuran dan pokok buah-buahan. Antaranya ialah:-
Buah-buahan - pisang, betik, ubi kayu, limau purut, limau kasturi, buah naga.
Ulam-ulaman - raja, pegaga, pudina, kacang botol, selom, kemangi, kesum, maman, kadok, duri tujuh.
Sayur-sayuran - cili, terung, bendi, bayam, sawi bunga, cili, kangkung, tomato.
Rempah - lengkuas, kunyit, halia, pandan, serai.
Dengan sukacitanya saya ingin berkongsi gambar pokok-pokok tanaman saya untuk tatapan anda semua....selamat menikmati gambar-gambar yang segar!!!
No comments:
Post a Comment