Langkawi , 11 December 2011 : The Langkawi Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) 2011 which ended yesterday entered the Malaysia Book of Records (MBR) as the largest aerospace and maritime exhibition ever organized in this country. With a significant increase in the number of both exhibitors and visitors, LIMA 2011 scored a new Malaysian record with 403 exhibiting companies (including 225 major companies from the industry) and 160,000 visitors over five days (up from 71,000 visitors at LIMA 2009).Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enthusiastically pronounced LIMA 2011 as the best one ever, producing not just a massive turnout in exhibitors and visitors, but also in terms of the amount of business and trade generated and enormous boost to the economy. "This event has been more than an exhibition. It proved just how much the Malaysian defense industry is capable of contributing to the country's income," he said during the closing ceremony at the Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) in Padang Matsirat. Dr Ahmad announced that the Ministry has decided to award the contract for LIMA 2013 again to HW LIMA Sdn Bhd after noting the company's excellent performance this year. He also announced that LIMA 2013 will not be held in December as usual but from 26-30 March instead. According to the Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), business transactions conducted during this year's LIMA registered potential sales worth US$ 43.6 million (RM 137.2 million). |
Friday, December 30, 2011
Lima 2011 Makes It Into The Malaysia Book Of Records
Tuesday, December 27, 2011
Lim Guan Eng Akui Kemampuan Kapal Selam, Tahap Profesionalisme TLDM
|
Monday, December 26, 2011
Pesara Tentera Digalak Sertai Projek Industri Pertahanan Di Sungkai - Zahid
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pesara tentera yang terlibat dalam industri pertahanan harus memanfaatkan projek itu kerana ia membuka peluang besar dalam perniagaan baru selain menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara.
Katanya kerajaan meletakkan sasaran pelaburan asing bernilai RM15 bilion apabila pusat industri pertahanan itu beroperasi sepenuhnya nanti.
Beliau berkata sehingga kini sebanyak 25 syarikat pertahanan antarabangsa telah menunjukkan minat iaitu 15 dari Eropah, Amerika Syarikat (lapan) dan dua dari Korea dengan nilai pelaburan bejumlah RM4.73 bilion.
"Selain itu, syarikat dari China dan India juga menunjukkan minat untuk melabur dalam projek berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya umum Ke-13 peringkat Parlimen Bagan Datoh, di sini.
Ahmad Zahid berkata industri pertahanan akan menjadi cabang ekonomi bentuk baru terutamanya dalam industri pembuatan yang bakal menjadi popular di negara ini dan peringkat antarabangsa dalam tempoh terdekat ini.
"Perkembangan bidang industri terbaru ini pasti akan memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan dan pesara tentera terutamanya yang tinggal di sekitar Tanjung Malim.
"Limpahan industri ini turut akan memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi bandar berdekatan termasuk Bandar Proton di Tapah, Cameron Highlands dan Kampar apabila projek berkenaan berjaya dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya. - BERNAMA
Wednesday, December 14, 2011
LIMA 2011 paling berjaya, tarik 125,000 pengunjung - Zahid
10/12/2011 8:57pm
LANGKAWI 10 Dis. -Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA "11) akan dapat menarik 125,000 pengunjung apabila ia berakhir di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) petang ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah pengunjung itu termasuk 34,000 pelawat perdagangan pada segmen udara dalam pameran itu di MIEC.
"Bagi segmen maritim, kita menerima 21,000 pengunjung bagi pelawat kerjaya dan begitu juga 14,000 pelawat kapal," katanya kepada pemberita di sini, hari ini, hari terakhir pada pameran lima hari itu.
Ahmad Zahid menyifatkan edisi ke-11 LIMA sebagai yang paling berjaya sejak ia pertama kali diadakan pada 1991.
Malaysia Book of Records juga mengiktiraf pameran udara LIMA "11 sebagai yang paling besar pernah diadakan di Malaysia dengan menyerahkan sijil itu kepada menteri. - Bernama
Thursday, December 8, 2011
Mencari makna kemunculan JUSA dan Turus Korporat — Dr Khir Toyo
PTD Sebagai Kumpulan Elit?
Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap PTD. Bagi saya, jika mereka cuai, malas, tidak berdisiplin maka tindakan disiplin dan hukuman perlu dikenakan. Namun janganlah diborong semua PTD tidak bertanggungjawab, lemah dan tidak boleh diharap. Ramai yang telah memberi sumbangan besar kepada perjalanan jentera kerajaan sejak dahulu sehingga sekarang.
Untuk menjadi PTD mereka harus melalui beberapa ujian, peperiksaan, tapisan dan saringan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Justeru jika sesiapa yang berminat untuk memegang jawatan yang dikuasai oleh PTD mereka haruslah melepasi ujian-ujian dan saringan tersebut.
Berdasarkan komen-komen dalam ulasan pertama isu ini, saya faham sebahagian pegawai kerajaan di luar kumpulan PTD kecewa melihat kenaikan pangkat dan gaji mereka tersekat tanpa dapat mencecah kumpulan JUSA.
Bagi saya jika kita mahu memasuki sesuatu bidang maka kita perlu melepasi kehendak dan keperluan bidang tersebut. Jika kita mahu memegang apa-apa jawatan di mana-mana syarikat, agensi mahu pun pasukan keselamatan, maka kita harus melepasi atau memenuhi kehendak-kehendak organisasi terbabit. Demikian juga dengan perkhidmatan dalam PTD.
Saya bersetuju jika pegawai kanan kerajaan yang telah lama berkhidmat diberi peluang melalui saringan PTD dan dimasukkan ke dalam kumpulan JUSA jika layak. Yang saya tidak setuju ialah membawa kumpulan korporat yang tidak memahami pentadbiran kerajaan berada di tingkat atas dalam hirarki kerajaan. Sebenarnya kepakaran kumpulan boleh digunakan oleh kerajaan pada bila-bila masa melalui lantikan sebagai penasihat kepada Menteri atau Perdana Menteri.
Penggubal Polisi dan Pelaksana
Kakitangan kerajaan termasuk JUSA dan Turus adalah pelaksana polisi kerajaan. Terdapat tiga sebab mengapa polisi kerajaan gagal dilaksanakan dengan baik.
Pertamanya, polisi itu sendiri tidak boleh dilaksanakan secara praktikal maka tidak ada apa yang boleh dibuat oleh kakitangan kerajaan termasuk kumpulan JUSA dari korporat pun. Dengan kata lain, polisi yang dibuat oleh kerajaan harus praktikal dan boleh dilaksanakan.
Keduanya, polisi tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat terlalu banyak karenah birokrasi dalam kerajaan. Misalnya kelulusan sesuatu peruntukan atau bantuan perlu melalui pelbagai peringkat jabatan sehingga membabitkan tiga atau empat tandatagan. Dalam keadaan ini, kemasukan tokoh korporat dari luar sebagai Ketua Setiausaha pun tidak akan mampu mengatasi isu ini jika prosedur sedia ada tidak berubah.
Ketiga, sikap sambil lewa pegawai kerajaan. Dalam setandan pisang pasti ada yang tidak baik. Maka proses motivasi, kaunseling, amaran, hukuman bersifat simbolik dan tindakan tatatertib perlu dibuat. Jangan kerana sekumpulan pegawai yang bermasalah maka seluruh kelompok PTD dipersalahkan. Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
Jika dilihat daripada ketiga-tiga sebab ini, kemasukan orang korporat ke dalam kerajaan tidak memberi apa-apa kesan jika keadaan tersebut tidak berubah terutamanya dari segi penggubalan polisi yang tidak mapan. Malah seorang tokoh korporat yang hebat pun tidak akan mampu membuat sebarang perubahan jika beliau terikat kepada birokrasi yang sama.
Siapa Pembuat Polisi?
Ada yang mengatakan bahawa kemasukan kumpulan korporat sebagai JUSA akan memantapkan lagi polisi negara. Apakah ini bermakna Perdana Menteri telah hilang kepercayaan kepada kemampuan para Menterinya untuk memimpin Kementeriannya membentuk polisi-polisi yang baik untuk negara dan diterima rakyat.
Soalnya siapa yang sepatutnya membuat polisi, Menteri atau JUSA? Jika JUSA korporat akan diberi tanggungjawab membuat polisi, Menteri jadi apa? Tukang angguk?
Sesuatu polisi kerajaan harus dirangka dan difahami oleh Menteri sebelum diminta pegawai kerajaan melaksanakannya. Adalah tugas menteri untuk berfikir, mencari pandangan pihak luar sama ada di kalangan ahli korporat, ahli akademik mahupun pakar-pakar dalam bidang tertentu sebelum Kementeriannya menggubal polisi untuk di bawa ke kabinet bagi kelulusan.
Apakah daripada 140 orang ahli Parlimen Barisan Nasional ini tidak ada yang pintar, cerdik dan mampu berfikir, seperti ahli tokoh-tokoh yang hendak dibawa masuk sebagai JUSA, untuk dilantik sebagai Menteri?
Masalah Individu Korporat
Kebanyakan mereka di dalam bidang korporat merupakan kumpulan manusia yang berorientasikan materialistik dan keuntungan organisasi. Apakah mereka mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran kerajaan yang lebih berorientasikan keuntungan kepada rakyat dan masyarakat melebihi keuntungan kepada kerajaan?
Jangan nanti kemasukan JUSA luar ini menjadikan mereka kumpulan yang lebih berkuasa daripada Menteri. Ini akan menyebabkan banyak polisi kerajaan tidak lagi mengambil kira kepentingan rakyat dan survival Barisan Nasional. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (Government-Linked Company - GLC). Adakah mereka ini menambahkan kasih sayang rakyat kepada kerajaan dan Barisan Nasional atau sebaliknya?
Jangan nanti kerajaan sudah menjadi organisasi korporat yang akhirnya dibenci rakyat kerana polisi-polisi yang digubal oleh kumpulan ini. — drkhir.com
* Dr Khir Toyo adalah ADUN Sungai Panjang dan bekas Menteri Besar Selangor.
Sunday, November 27, 2011
Eurofighter Typhoon Visits LIMA for First Time
16:55 GMT, November 26, 2011 The Eurofighter Typhoon will be flying across the skies of Langkawi for the first time as a UK Royal Air Force aircraft participates in one of the most important global defence and security shows, LIMA 2011, which takes place in Langkawi, Malaysia, from 6-10 December. |
Company or Organisation Contact: Louise Robson Head of Communications – East BAE Systems Tel: +603 2160 2106 Mob: +44 7525 390707 Email: louise.robson @baesystems.com Marco Valerio Bonelli Head of PR & Communications Eurofighter GmbH Tel.: +49 811 80 1555 Mob: +49 172 842 6017 E-Mail: marco-valerio.bonelli @eurofighter.com Adam Thomas Senior Press Officer UKTI DSO Mob: +44 7775 817 835. Email: adam.thomas @ukti.gsi.gov.uk |
Hotel Jamin Tiada Kenaikan Harga Bilik Semasa Lima
27 November, 2011 12:19 PM
LANGKAWI, 27 Nov (Bernama) -- Persatuan Hotel-hotel Kedah dan Perlis memberi jaminan harga sewa bilik semasa Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (Lima 2011) yang bermula 6 Dis ini tidak akan dinaikkan.
Pengerusi persatuan itu, Rasli Sulaiman berkata semua 25 anggota gabungannya yang mengusahakan hotel bertaraf empat bintang telah dimaklumkan mengenai keputusan tidak menaikkan kadar sewa.
"Mereka diingatkan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga bilik," katanya sambil menambah pihaknya telah berbincang dengan Kementerian Pertahanan mengenai kadar harga yang wajar semasa Lima 2011 berlangsung.
Beliau berkata tempahan yang diterima sepanjang Lima 2011 berlangsung amat menggalakan manakala chalet-chalet di sepanjang Pantai Cenang juga mendapat tempahan yang tinggi.
Lima 2011 edisi ke-11 berlangsung dari 6 Dis hingga 11. Dis, menyaksikan penyertaan lebih 400 syarikat dari 35 negara.
-- BERNAMA
Kami menyediakan langganan
berita melal
Wednesday, November 23, 2011
Tuesday, November 15, 2011
Friday, November 11, 2011
LIMA 2011 To Be The Best In Its Series - Zahid Hamidi
LANGKAWI, Nov 10 (Bernama) -- The 11th edition of the Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) Exhibition next month will become the best in its series, Defence Minister Datuk Seri Zahid Hamidi said.
He said the exhibition, which scheduled for Dec 6 till 10, would see an overall improvement in terms of participation of exhibitors, aircrafts and vessels.
"A total of 403 exhibitors from 35 countries had confirmed their participations in LIMA 2011, which is an increase of merely 25 per cent from the 2009 edition," he told a press conference after chairing the preparation meeting for LIMA 2011 with the relevant agencies here.
Zahid said the participation of aircrafts in the aerospace segment had also increased to 26 aircrafts this year as compared to 11 in 2009.
Among the aircrafts are Sukhoi (Malaysia), F-18 Super Hornet (Australia) and Eurofighter Typhoon (United Kingdom), he said.
Apart from that, he said Malaysia's second submarine, KD Tun Abdul Razak, and 11 Royal Malaysian Navy-owned vessels, as well as 12 foreign warships, including guided-missile destroyer USS Curtis Wilbur from the United States, RSS Supreme (Singapore) and HMAS Glenelg (Australia) would also add more colours to the maritime segment to be held at Awana Porto Malai.
Zahid said 38,000 trade visitors and 45,000 members of the public were expected to throng the event.
He also announced that the ticket price for members of the public for the aerospace exhibition in Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat on Dec 9 and 10, had been reduced to RM10 as compared to RM30 previously, while the admission for maritime exhibition at Awana Porto Malai would be free of charge. -- BERNAMA
Wednesday, October 12, 2011
Mindef plans to market defence products globally
By Shannon Teoh
The defence ministry said that a marketing company would be set up jointly with the main players in the industry.
"Our products have international recognition but there is no integrated support," Defence Minister Datuk Seri Zahid Hamidi told reporters today.
He said the move would allow Malaysia to showcase its defence products with more visibility, such as having its own pavilion at international arms shows.
The Umno vice president said that details such as contributions to paid-up capital will be announced later.
He added that the move will allow "cross-fertilisation" between the main companies and the ministry to exchange defence expertise and business knowhow.
The government has handed billion-ringgit procurement deals to local companies recently with the stated objective of developing the local defence industry.
DRB-HICOM and Boustead have secured deals worth RM8 billion and RM6 billion to deliver vehicles and naval vessels respectively this year alone.
Wednesday, October 5, 2011
386 syarikat sertai Lima11
Selasa, 04 Oktober 2011
386 syarikat sertai Lima11
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Sebanyak 386 syarikat penerbangan seluruh dunia membabitkan 33 negara dijangka menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi ke-11 (Lima11) yang akan berlangsung di Langkawi pada 6 hingga 10 Disember depan.
Pengarah Urusan HW Exhibition Sdn Bhd, Ahmad Dzuhri Abdul Wahab, berkata antara syarikat pesawat dan kapal yang sudah mengesahkan penyertaan adalah Airbus, Boeing, Dassault, Gulfstream, Embraer, SAAB, Sukhoi, Eurocopter, Agusta Westland, Sikorsky, Helikopter Bell, Fincantieri, Daewoo Shipbuilding, Navantia, Damen Shipyard, Blohm dan Voss, Lurssen, Goa Shipyard dan DCNS.
"Selain itu, pihak penganjur dimaklumkan pengesahan kehadiran 42 pesawat dan 30 kapal memeriahkan persembahan aerobatik udara dan statik antaranya Gulf stream G45 Business Jet, Cessna Caravan, A400M, Su30 MKM, F/A-18D, F-18 Super Hornet, MiG-29N, Super Lynx, Bombardier, Agusta A109, Mi17 S&R Helikopter, Eurofighter Typhoon, AH6i, Boeing dan banyak lagi," katanya.
Menurutnya, sehingga kini 85 peratus tapak pameran di Dewan Mahsuri, Langkawi sudah dipenuhi dan akan digunakan sebagai ruang komersial dengan penganjuran Lima pada kali ini memperkenalkan tiga sektor tumpuan baru iaitu sektor perdagangan, penerbangan komersial dan sektor pengurusan lapangan terbang.
Katanya, Lima11 yang mendapat kerjasama Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertahanan menyasarkan mewujudkan pameran menarik yang mampu menyediakan peluang perniagaan terbaik, mempromosikan produk penerbangan, meningkatkan kesedaran syarikat dan produk, membina jenama selain meningkatkan pelaburan tinggi kepada peserta pameran.
"Bagi negara Asean, sebanyak 108 syarikat penerbangan dijemput menyertai acara dua tahun sekali itu dengan 20 peratus penyertaan Lima kali ini membabitkan syarikat penerbangan baru daripada sektor maritim dan aeroangkasa," katanya.
Katanya, Lima 2009 menarik perhatian hampir 400 syarikat pertahanan membabitkan 60 negara, 38,000 pelawat, 400 wartawan seluruh dunia dan 210 delegasi industri pertahanan antarabangsa.
Tuesday, September 20, 2011
Subra flummoxed by Indonesia maid deadlock
PUTRAJAYA, Sept 19 — Datuk S. Subramaniam today said the supply of Indonesian maids to Malaysia will remain disrupted until Jakarta officially reverses a moratorium that has been in effect since June 2009.
Indonesia and Malaysia signed a memorandum of understanding (MoU) over the matter in May, leading the human resource minister to express puzzlement today over the continued delay in lifting the ban.
In June 2009, Jakarta imposed a freeze on the supply of maids from Indonesia to Malaysia, following reports of cases of abuse by employers and the lack of benefits, including a minimum wage and weekly rest days.
Although the issues were said to have been laid to rest following the signing of the MoU, local manpower agencies complained last week of continued difficulties in procuring domestic helpers from Indonesia.
Saturday, September 10, 2011
Prospek, sistem penilaian staf awam ganti PTK dilancar 1 Januari
PUTRAJAYA, 9 Sept — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi atau Prospek, sistem baru yang menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi, iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.
Katanya, Prospek yang hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari tahun depan, adalah selaras dengan matlamat Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Prospek adalah untuk semua penjawat awam tetapi yang mempunyai peluang untuk mendapat kenaikan pangkat adalah bagi mereka yang mempunyai kompetensi dan potensi.
"Ini kerana sesetengah orang itu, kompeten tetapi tidak ada potensi. Ini bermakna penjawat awam dituntut untuk berubah dan berupaya untuk membangunkan keupayaan kendiri (memajukan diri)," katanya dipetik Bernama Online.
Mei lalu, Abu Bakar mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK, yang berkuat kuasa pada 1 Julai, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.
Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.
Thursday, September 8, 2011
18 skim sektor awam wajar contohi sistem PTD
2011/09/08 -- Berita Harian Online
PERKHIDMATAN awam di negara kini melalui agenda tranformasi menyeluruh sejajar dengan hasrat Perdana Menteri untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan, menjelang 2020 apabila negara muncul sebagai negara maju. Sebagai sektor tulang belakang, sektor awam bertanggungjawab bagi memastikan segala agenda dan rancangan kerajaan dilaksanakan dengan sempurna. Kini terdapat 19 klasifikasi perkhidmatan yang menyerap semua jenis kerja sektor awam.Selaras itu, umum mengetahui skim Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) adalah disifatkan penanda aras penyampaian perkhidmatan sektor awam.Penanda aras termasuk kaedah pengambilan, latihan, modul latihan, peluang pembangunan modal insan, keluasan bidang tugas yang merangkumi diplomatik yang mencakupi dalam dan luar negara serta penyampaian perkhidmatan berprestasi tinggi dan mentaliti minda kelas pertama penjawatnya.Saya bukanlah dalam kalangan PTD, tetapi saya mendapati skim PTD begitu kemas dan tidak diragui sebagai penanda aras dalam sektor awam. Justeru, 18 skim lain dalam perkhidmatan awam wajar mencontohi skim PTD ini, bermula dari kaedah pengambilan, latihan, modul latihan, kursus yang diberikan serta peluang kenaikan pangkat, melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi berasakan inovasi serta kreativiti masing-masing.
Mengambil contoh skim dalam Jabatan Penerangan bermula daripada hierarki Pembantu Penerangan, Penolong Pegawai Penerangan, Pegawai Penerangan bermula dengan gred 17 pada peringkat daerah. Didapati beban tugas berkenaan tidak terpikul seorang Pembantu Penerangan Gred S17 yang berasakan kelulusan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia berbanding kumpulan sasar yang semakin licik dan jauh terkehadapan.
Itulah sebabnya skim PTD memulakan hierarki dengan gred M41 kerana skim ini diwujudkan sebagai pemimpin skim selainnya.
Pada masa sama juga apabila penjawat awam itu bermula dengan gred M41 maka peluang mereka naik ke hierarki lebih tinggi adalah cerah berbanding mereka yang memasuki perkhidmatan awam dengan gred kumpulan sokongan.
Saya ingin mengesyorkan agar Ketua Jabatan selain skim PTD mengambil pendekatan muhasabah (penilaian) dan murokabah (membuat perancangan masa hadapan) daripada skim PTD supaya melaksanakan kaedah pengambilan serta latihan seperti dilaksanakan skim PTD. Sudah sampai masanya juga skim lain membuat tranformasi perkhidmatan seperti mempercepatkan momentum kaedah naik pangkat berbanding dengan peraturan konvensional yang perlahan dan lambat.
YOSRI ABU MAHSIN,
Putrajaya.