Resepi bahan-bahan:
1. 2 ekor ikan kembung segar
2. Sebiji bawang besar, dihiris kasar
3. Seulas bawang putih, dihiris nipis
4. Sekeping asam gelugor (asam keping laa..), dihiring sangat nipis
5. 2 sudu meja (tablespoon :) madu lebah
6. 5 biji lada burung (cili padi boh!)
7. 1 sudu teh sos tomato (cap Maggi)
8. 1 sudu besar sos cili (cap Maggi) dicampur dengan 4 sudu air
9. 1 sudu teh kicap manis Kipas Udang
Cara-cara penyediaan:
Siang ikan kembung, kelar dan lumur dengan secubit garam (sikit sahaja). Goreng menggunakan minyak dengan api besar supaya ikan cepat garing di luar tapi lembut di dalam. Selepas habis goreng ikan, tukar minyak tadi dengan empat sudu minyak sayur seperti minyak jagung/matahari/soya.
Setelah minyak panas, tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan campuran hirisan bawang besar, asam keping dan cili padi. Goreng sehingga separuh layu.
Kemudian masukkan kicap manis, sos tomato dan sos cili serta garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati. Kecilkan api dan masukkan madu. Kacau seketika dan angkat. Untuk hiasan, hiris daun sup dan tomato.
Gerenti sedap! Makan dengan nasi putih yang masih berasap berserta sayur air bayam merah berlada hitam (resepi akan kawe tulis nanti).
-- Chef We Sau Pee
No comments:
Post a Comment