Sunday, May 29, 2011

Kenapa Saya Memilih PTD Sebagai Kerjaya?

Oleh: Wan Mohammed Saupee bin Wan Yusoff

Semasa mula-mula memasuki alam pekerjaan (pada April, 1998) saya memilih untuk bekerja di syarikat swasta. Walau bagaimanapun, matlamat kerja akhir saya ialah menjadi kakitangan kerajaan sekurang-kurangnya bermula pada umur 35 tahun. Namun, tawaran jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) datang lebih awal (pada Disember 2002, umur 28 tahun) dan saya berkeputusan untuk menerima tawaran ini di atas pertimbangan-pertimbangan berikut:-

1. Saya percaya PTD menawarkan peluang kemajuan kerjaya yang lebih cerah dan besar berbanding sektor swasta.

2. Kepelbagaian sifat dan jenis kerja atau tugasan di sektor awam.

3. Berpeluang bergaul dengan semua orang dari kakitangan awam, swasta dan masyarakat.

4. Berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan
ditanggung oleh kerajaan.

5. Kepercayaan bahawa jawatan di dalam kerajaan mempunyai kuasa yang besar yang akan digunakan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada dalam sistem pentadbiran awam terutama penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah.

6. Kestabilan kerjaya dalam jangka panjang.

Berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan di atas, saya telah meletak jawatan yang dipegang di syarikat swasta untuk menjadi PTD walaupun terpaksa mengorbankan gaji, senioriti dan faedah-faedah yang saya sedang nikmati pada masa itu. Walau bagaimanapun, saya tetap yakin bahawa saya akan berjaya suatu hari kelak dengan usaha dan komitmen saya untuk menjadi pegawai PTD yang cemerlang dan unggul demi agama, bangsa dan negara.

* Penulis menulis artikel ini pada tahun 2003 sebagai tugasan untuk majalah Sidang A & B semasa berkursus DPA di Intan, Bukit Kiara. Intipati artikel adalah berdasarkan nota ringkas saya semasa berkursus PTD Unggul di Intan, Kluang, Johor pada Januari 2003.

EXCLUSIVE:  Most of the readers will not miss to read the article below. A very insightful words written by a PTD on How to become a PTD, How a PTD thinks, speaks, teamwork, leads and handling the pressures. A must read if you are interested in becoming a respectable PTD!

PTD aspirants WAJIB/MUST read this PTD The Premier Service and Glamour Civil Servant

No comments: