Sunday, October 14, 2012

PTD Penggubal Dasar Negara

Tugas seorang PTD tidak hanya terhad sebagai pegawai tadbir di unit, cawangan, bahagian, kementerian, jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Pegawai PTD merupakan tunggak kepercayaan kerajaan. PTD merancang, merangka dan menggubal dasar-dasar negara. Hampir kesemua dasar melibatkan pembangunan negara, ekonomi, sosial, hubungan luar negara, keselamatan, pertahanan, pendidikan, masyarakat, luar bandar, perdagangan, tanah, kesihatan, kebudayaan, pelancongan, perundangan (senarai amat panjang) akan melibatkan sentuhan tangan dan fikiran PTD sama ada secara langsung atau membuat penambahan kepada rangka dasar yang disediakan oleh perkhidmatan awam yang lain.

Keistimewaan ini hanya dipunyai oleh PTD kerana jangkaan tinggi bahawa PTD melihat sesuatu isu atau penyelesaian dalam skop yang menyeluruh dari sudut fungsi menegak atau melintang. PTD memberi pertimbangan kesesuaian pelaksanaan sesuatu dasar dan juga impak positif serta negatif kepada masyarakat, ekonomi dan negara.

Oleh kerana PTD berada di semua tempat dan peringkat di dalam sistem pentadbiran negeri dan negara, tugas menggubal dasar merupakan amanah besar kepada seseorang yang bergelar PTD.

Jika PTD itu mempunyai kualiti, maka berkualitilah sesuatu dasar negara. Begitu juga jika PTD itu tidak melaksanakan tugasnya dengan baik, alamatnya bencanalah kepada masa depan negara.

Oleh itu, untuk memenuhi tanggungjawab sebagai penggubal polisi negara, PTD wajib mempunyai ciri-ciri berikut:-

1. Berfikiran luas dan global.
2. Berpandangan jauh.
3. Setia kepada negara.
4. Peka kepada sekeliling.

Berminat untuk menyumbang bakti kepada negara? Sertai PTD dengan melayari laman sesawang SPA http://www.spa.gov.my

EXCLUSIVE:  Most of the readers will not miss to read the article below. A very insightful words written by a PTD on How to become a PTD, How a PTD thinks, speaks, teamwork, leads and handling the pressures. A must read if you are interested in becoming a respectable PTD!

PTD aspirants WAJIB/MUST read this PTD The Premier Service and Glamour Civil Servant

No comments: