Sunday, February 7, 2021

Resepi Miang Kham

Resepi Miang Kham

Bahan-bahan utama:

Daun kaduk
Halia potong halus
Cili api potong kecil
Limau nipis potong kecil
Bawang besar merah potong kecil
Kacang tanah goreng
Udang kering sangai kering
Isi kelapa parut sangai kering

Resepi sos Miang Kham

Bahan A
Kisar blender lengkuas, halia, serai dan sedikit udang kering
Belacan bakar
Gula kabung atau nise kerek
Gula putih
Sos ikan
Garam

Bahan B
Kacang tanah kisar kasar
 
Cara-cara:
Masak Bahan A sehingga masak dan pekat (ikut suka nak pekat macam mana). Kecap ikut rasa. Sos kena manis baru jadi pekat.

Bila dah masak, biar sejuk sebentar dan bubuh kacang goreng kisar kasar. Kacau hingga sebati. Siappp

Sunday, December 13, 2020

Resepi Kuah Sup Steamboat & Sos Steamboat Ripin Niknah

Resepi Kuah Steamboat & Sos Ripin Niknah

Resepi Sos:

Bahan A
 1. lada besar merah/lada burung merah pun ok
 2. bawang putih
Kisar bahan A dengan air

Bahan B
cuka makan
sos ikan
sos tiram
kicap manis
akar daun ketumbar
Kalu tadok sos ikan, sos tiram pun takpo.

Bahan C
bijan yang telah disangai
daun ketumbar hiris halus
sunquick
gula
garam
Gula kalu guna gula nise sero lemok sikit 

Cara-cara:
Kisar lada bersama bawang putih hingga hancur.

Masak atas dapur bersama Bahan B hingga masak dan pekat (sepekat macam colek kepok lekor).

Bila dah masak dan pekat, kecilkan api. Masukkan Bahan C dan kacau lagi dalam seminit. Siap.

Cuba rasa, sedap sesedap rasa. Kalau nak lebih rasa masam sunquick, masin, harum ketumbar, manis ko, boleh bubuh ikut suka rasa. Gerenti sedakkk.

Resepi sos kicap:

Bahan-bahan
 1. Lada burung potong halus
 2. Kicap manis
 3. Kicap masin

Cara-cara:
Lepar-lepar campur masuk mangkuk kecil dan kacau. Siap

Resepi Kuah Steamboat:

Bahan-Bahan
 1. Sepaket asam pedas Adabi
 2. Sepakat tom yam Adabi
 3. Seketul kiub ayam
 4. Daun ketumbar

Cara-cara:
Rebus bahan-bahan dengan setengah jug air. Kepekatan pun ikut suko asalkan jangan sepekat budu sudoh. Kalu nak masin, manis boleh tambah gula dan garam.

Bahan STEAMBOT WAJIB

 1. Bola ikan (kalu rajin buat sendiri la)
 2. Kek ikan
 3. Isi ketam
 4. Pak choy
 5. Cendawan enoki
 6. Mee steamboat (kalu terdesak sangat guna maggi pun jadi

Bahan tak wajib
 7. Udang
 8. Ketam
 9. Lala
 10. Isi ikan jenahak/merah/tenggiri
 11. Bola ketam
 12. Segala bahan yong tau foo
 13. Kailan baby
 14. Cendawan tiram dan segala macam jenis cendawan. Jangan kulat sisir sudah
 15. Daging, ayam. Kalu perap dan grill pun sedap. Cicah sos memang terangkat
 16. Kalau kaya boleh guna lobster, king crab.
 17. Ikut laaa nak bubuh gapo pun.

Sebelum makan baca Bismillahirrahmanirrahiim. Selamat menjamu selera.

Saturday, February 23, 2019

Dying of Creativity

To the dearest creative people, youth with brain and passions. I am sorry. I can’t help. 

It is not that I decline to hear you. Or you have presented the worst idea. Indeed your idea, proposal and innovation are of world standard. 

Just that, you are now living in a space where the freedom to advice and to make a wise decision have disappeared. 

A space where, if a valuable advice is given for the higher up to ultimately make a decision, the advice is regarded as favouring a crony, favouratism. The space is filled with people who are paranoid. The people who like to label other people unclean. The people who will always blame other people. The people who still cannot move on despite a straight and wide road has been laid out for them to move forward.

I am sorry. I am witnessing the dying of creativity, innovation, passion, excitement, bravery.....

Saturday, September 29, 2018

Sikap Ketuanan, Suka Mengasuh dan Diasuh - Bibit-Bibit Bunga Rasuah dan Penyalahgunaan Kuasa

Ada orang suka mengasuh. Ada orang lagi suka kalau diasuh. 

Suka mengasuh mungkin kerana keinginan nak tangkap udang di sebalik maggi. Atau pun kerana terpaksa sebab kalau tak mengasuh akan dicop tak pandai jaga boss atau dikata tak perfom. Esok esok markah LNPT dapat rendah. 

Suka diasuh pula sebab dapat feel macam raja. Makan orang suap. Bil orang bayar. Nak sesuatu pasti akan dapat, tak payah bersusah payah berusaha. Semua dilakukan oleh pengasuh.

Ironinya, orang yang mengasuh ni bergaji tak berapa besar, pitih tak berapa nak ada. Cukup-cukup tanggung makan sendiri dan anak bini sahaja. Kalau ada lebih pun kerana bayaran OT baru sahaja masuk. Satu lagi ada juga pengasuh yang orang panggil “Lembu”. Yang ni ada duit banyak, tapi bukan duit sendiri pun. Ada peruntukan duit elaun entertainment untuk dibelanjakan ke atas orang yang suka diasuh.

Yang jenis suka diasuh pula selalunya gaji besar, pangkat besar, rumah besar, kereta besar, perut besar, bini besar, nafsu besar. Bila membeli duit kertas pun berangka besar.

Tapi ada juga yang gaji dan pangkat tak ada lah besar mana. Tapi ada kuasa besar. Berlagak besar. Kepala pun besar macam buah nyor. Yang jenis ini memang akan perah habis-habisan anak buah untuk mengasuh dia. Nak beli teh o beng ikat tepi pun suruh anak buah pergi beli tapi duit tak bagi pun. Bila keluar makan, order yang sedap sedap dan mahal seperti siakap harimau menangis. Tapi bila dah habis makan, buat tak tahu. Duduk bodoh je. Last-last anak buah bangun dengan jeling-jeling kawan sebelah suruh ikut ke kaunter untuk tolong top up bayar. Atau nak bagitau kat tokey kedai yang makan tu boss dia. Peluh keluar berejat-rejat bawah ketiak.

Kepada yang rasa dia boss-boss tu, cukup-cukuplah menyiksa anak buah untuk mengasuh atau cari lembu-lembu berdompet besar, ejen haram atau majikan, kontraktor untuk jadi bahan mengasuh kamu tu. Tak berkat hidup masa depan. Duit elaun keraian yang ada tu, guna lah buat belanja anak buah.

Kepada yang suka mengasuh tu, boleh teruskan jadi pengasuh yang baik tapi bukannya jadi pengasuh boss kerana nak dapatkan habuan udang di sebalik maggi. Jadi pengasuh sejati. Buat kerja kerana tanggungjawab untuk menjalankan amanah kerjaya, agama, bangsa dan negara. Boss pun akan suka dan sayang.

Sikap ketuanan yang suka diasuh dan suka mengasuh ini lah BIASANYA membuka kepada perbuatan rasuah dan salah guna kuasa. Oleh kerana nak mengasuhlah menyebabkan orang bawahan sering pergi turun padang mencari roti pau atau memberi salam “Assalamu’alaikum” sambil tangan menadah tempurug.

Bagi Ripin Niknah, kalau jumpa orang-orang sebegini, alamatnya nak kene pelangkung dengan tempurung nyior lah orang itu😑 Atau pun buat report kepada SPOTRIM.

Okay lah, selamat malam dan salam mesra.

Sunday, July 8, 2018

Negotiation Tips, the Kelantanese way....

Kito kalu sentiasa beruruse dengan pihak-pihak yang kupik maklumat dan kita meme terpaksa bergantung ko pihak terbabit, jadi kito keno guna taktik supo main wau.

Masa nok penaik wau tu, kito jange duk main cuk tali sajo. Sebabnya, wau akan jual mahal. Toksir naik. Jadi, kito kena cuk duo tigo kali. Pastu keno senjoh, tarik semula tali. Baru lah wau tu akan naik. Kade-kade kalu keno gayo, wau bulih naik sapa hapoh palo. Ore kato, tegele ppoye.

Supo jugok apabila kito nok maklumat dan pada masa hok sama, kito pun ado maklumat yang hok pihak sano nok maklumat daripado kito.

Berundinglah supo main wau. Wau bule ko. Baru sedak. Tamboh-tamboh kalu letok busur tali kaset video. 

Happy practising the tips. If you don't understand it, do not google, because Google is not intelligent enough to translate the Kelantan language. MuahahahaaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Ask Ripin Niknah later lah😝

Monday, February 12, 2018

Resepi Telur Dadar Oregano

Resepi:

3 biji telur ayam
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang putih
3 helai daun oregano
Daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Rasa sedap, harum dan menyelerakan. Selamat mencuba!!!


Monday, December 11, 2017

Caro Nak BerJimat Shopping / How to Save When Shopping

Caro nok berJimak shopping
How to save when shopping

Kalu demo suko beli online sokmo di Lazada, 11street, Expedia, Qoo10, Agoda, Zalora, AirAsiaGo, Malaysia Airlines, eBay, Kinokuniya, Unifi, SK-II dan sebagainyo....ado beratuslah portal online hok masuk, nok oyat buwi nih. Haaa demo ado peluwe bulih berjimak nih!

If you love doing online shopping on big names shopping websites such as Lazada, 11street, Expedia, Qoo10, Agoda, Zalora, AirAsiaGo, Malaysia Airlines, eBay, Kinokuniya, Unifi, SK-II and many more....in fact there are hundreds participating online portals in this program. This is a chance for you to enjoy more savings!

Demo bulih dapat diskaun lagi. Kawe rasa mungkin lapis ke-3. Syaratnya kena guna portal gateway Shopback la untuk masuk website hok demo biaso tu. Contoh: Demo beli di website Lazada melalui portal Shopback. Guno kupon/kod diskaun, pastu bayar denga kad kredit hok ada promosi diskaun, Last sekali demo bulih cash back. Hohhh, 3 kali jimak tu boh. 

You may multiply your shopping savings. I think may be up to 3 times or more. The catch is, you need to use Shopback portal gateway to access your regular favorite online shopping websites. For example, you can shop on Lazada by accessing it via Shopback portal. Apply discount coupon/code. Then make payment with credit card that has discount promotion. Lastly, you will get cash back from the transaction. 3 times savings in one transaction! Wowww

Kawe baru sudoh guno install app Shopback. Apply kupon diskaun Petronas 12%. Payment bayar guna kad kredit Maybank (ada diskaun 15%). Last sekali dapat cash back dari Shopback. Esok, luso bunyi kato ada sale besar 12.12 nih!

I have just tried it. Installed Shopback app. Applied Petronas discount voucher 12%, then paid using Maybank credit card (discount 15%). Lastly, received some cash back from Shopback. Heard that there will be a big sale coming on 12.12!

Kawe sajo jah kongi untuk faedoh semua. Bele bele nunggu nok meeting di HQ pete kare. Baik menulis daripada duk sajo.

I just want to share this for everyone’s benefit. It’s better to write something useful while waiting for a meeting this afternoon at HQ office, rather than sit and do nothing.

Pah lagu mana nak buat? Demo bulih daftar Shopback sini. Bulih klik di link ni https://www.shopback.my/?raf=7gBz7s dan bulih juga install app Shopback dale handphone demo.

How to get all these benefits? You can sign up Shopback here. Clink the link here https://www.shopback.my/?raf=7gBz7s and you may also install the Shopback app on your mobile phone.

— Ripin Niknah sangat suka membeli belah dan dia juga kadang-kadang menulis blog. Ripin Niknah loves shopping and blogging occasionally.

Friday, December 1, 2017

Selamat Hari Imigresen, Setahun Aku Jadi PIN


1 Disember 2016

Hari ini aku melapor diri di Depot Imigresen Tanah Merah. Katanya kena jadi Pengarah Negeri. Hati berdebar kenalin nak berdepan beratus pegawai imigresen. 

Hujan lebat dan rintik-rintik sepanjang jalan. Mujur tidak banjir. Sampai saja di sana diarahkan periksa barisan. Pengacara berteriak kata “PIN sudah sampai. Semua diminta berdiri!” Lagu Negaraku dimainkan. Seorang PIK sebelah aku cakap “Tuan kena angkat tangan tabik tuan.” Aku akur. 

Kemudian aku dihulur kertas bertulis dan disuruh berucap. Habis sahaja berucap satu demonstrasi oleh pegawai imigresen sambil pakai baju kalis api, bertopi dan tongkat kayu memukul-mukul perisai. Tak puas hati dengan aku ke? Aku tanya dalam hati. 

Tiba-tiba ada rusuhan tahanan PATI. Seorang PATI mari menerkam ke arah aku. Dia katok aku. Adusss sakitnya. Lantas aku bingkas bangun. Urgghhh bermimpi pagi rupanya aku. 

#oneyearanniversary 
#setahunjadipin 
#ramaitaksukaaku 
#1DisemberHariImigresen

Selamat Hari Imigresen semua!!! πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Wednesday, October 18, 2017

We want Unity as Malaysian

Dear all editors, journalists, freelance writers, commentators and readers. Whether you are from print media, electronic media, social media belonging to the ruling party advocators or the opposition symphatisers.

Please please please be responsible. Please write something that promote UNITY among Malaysians. Please write about how harmony we are. Please focus on what we have in common. Please write something positive about us as Malaysians.

Please don't divide us. Please don't incite hatred. Please don't label one of us as the enemy of another. Please don't reproduce the old controversy. Please don't make us feel uneasy towards another. Please please please DON't!!! We Malaysian are tired of that dirty tactic of selling news. It's not news, it's rubbish!!!

We want stability, we want harmony, we want peace, we want unity, we want move forward to the journey of success as a nation. We are Malaysian of Malaysia.

Happy Deepavali to all Malaysians who celebrate it. Let's appreciate our living life together and respect our differences.

Ripin Niknah writes from Phnom Penh.

Thursday, August 24, 2017

Writing an email to your boss

Your boss asked you to prepare some information.

You prepared the requested information. You compiled it. And you sent the information to your boss via email.

....and you wrote....

"Dear Boss,

..........for your further action.

Regards,

anonymous"

Do you spot any errors in the above writing? Nope. It has no mistake. Everything is correct. Hahaha, but....

All you need is to understand the context, the purpose and to know who is your recipient. And, how would you foresee the recipient reacts the moment he or she reads your email/letter/message?. For advanced writer, you may be able to set the kind of reactions you want the recipient reacts depending on how and what you write.

I sum it up....writing skills.

Okay lah, I give you the clue lah. Imaging that instead of you who take the action, but the way the message is written, it gives the impression that the boss is taking the action. And you give the instructions to your boss. Perkhhh.

Kihkihkih Ripin tak marah lah. Saja ja Ripin berkongsi ilmu untuk "knowledge sharing for today" teristimewa sekali kepada junior-junior. Ripin menyambung kerja...