Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pesara tentera yang terlibat dalam industri pertahanan harus memanfaatkan projek itu kerana ia membuka peluang besar dalam perniagaan baru selain menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara.
Katanya kerajaan meletakkan sasaran pelaburan asing bernilai RM15 bilion apabila pusat industri pertahanan itu beroperasi sepenuhnya nanti.
Beliau berkata sehingga kini sebanyak 25 syarikat pertahanan antarabangsa telah menunjukkan minat iaitu 15 dari Eropah, Amerika Syarikat (lapan) dan dua dari Korea dengan nilai pelaburan bejumlah RM4.73 bilion.
"Selain itu, syarikat dari China dan India juga menunjukkan minat untuk melabur dalam projek berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya umum Ke-13 peringkat Parlimen Bagan Datoh, di sini.
Ahmad Zahid berkata industri pertahanan akan menjadi cabang ekonomi bentuk baru terutamanya dalam industri pembuatan yang bakal menjadi popular di negara ini dan peringkat antarabangsa dalam tempoh terdekat ini.
"Perkembangan bidang industri terbaru ini pasti akan memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan dan pesara tentera terutamanya yang tinggal di sekitar Tanjung Malim.
"Limpahan industri ini turut akan memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi bandar berdekatan termasuk Bandar Proton di Tapah, Cameron Highlands dan Kampar apabila projek berkenaan berjaya dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment