Thursday, May 7, 2015

Travelog Albania

Catatan oleh seorang kawan sekolah saya yang suka menjelajah dunia.

Sekarang jam 4.05 pagi di Albania. Sebuah negara yang kaya dengan hasil minyak. Namun rakyatnya kelihatan mundur dan infrastukturnya amat jauh beza dgn negara jiran Montenegro dan negara2 eropah yg telah saya lalui.

Memasuki sempadannya tidak mempunyai immigrasen dan kastam sendiri hanya mengharapkan immigresen dan kastam negara jiran.

Jalan rayanya berlubang. Cara memandu rakyatnya berbahaya. 

Kami hampir terlanggarkan kereta kuda yang disangka semak ditepi jalan kerana membawa lalang atau makanan kuda diatas jalan raya.

Albania mempunyai lebih 60% penganut islam. Pemimpinnya juga islam. Namun rakyatnya tidak begitu digalakkan mengamalkan islam. 

Spy2 dihantar agar masjid2 hanya utk ibadat dan tidak dibenarkan menganjur program2 lain selain solat.

Masjid disini akan dikunci dan hanya dibuka pada waktu solat sahaja oleh ajk yg dilantik.

Diberitahu juga jika ada yg memakai tudung maka keluarga itu akan dipulaukan.

Para pemimpinnya juga dikhabarkan korup. Negara kaya tetapi rakyat miskin. Hasil kekayaan negara tidak digunakan utk kemakmuran negara dan penduduknya. Pemimpin kaya raya.

Semasa meneruskan perjalanan ke bandar Tirana iaitu ibu negara Albania tadi kelihatan beberapa buah masjid berdekatan. Masjid pertama dilalui kelihatan ramai juga jemaah solat maghrib.

Masjid berikutnya selang lebih kurang 1km gelap. Kemudian kelihatan ramai yg sedang minum2(kelihatan seperti botol2 arak diatas meja) di restoran sambil memasang lagu dgn kuat. Dengarnya seperti muzik ala2 arab.

Rakyatnya yang pandai dan berkebolehan dikhabarkan lebih suka memilih utk berhijrah dari cuba memperbetulkan negara Albania ini.

Bukan tujuan saya ingin mencari sudut negatif Albania. Namun ingin berkongsi iktibar yang berikut:-
1. Pilih pemimpin yang adil dan beragama adalah menjadi kewajipan kita semua utk elak dari koruption dan penindasan

2. Islam akan terbela bila mana rakyatnya sendiri mengamalkan islam menurut Al-Quran dan Sunnah.

3. Hiburan dan arak adalah musuh utama yang perlu disekat pengembangannya kerana ianya racun didalam masyarakat dan generasi islam itu sendiri.

4. Rakyat kena ambil peduli dan bertanggungjawab serta tidak mementingkan diri sendiri

#JelajahNiaga - Pembuka minda dan mencari solusi

Jika perkongsian ini bermanfaat sila share dan tag kawan2 utk baca.

*catatan fb.com/khirariffin yg kini berada di Albania dlm misi #JelajahNiaga #Eropah 17 Negara

No comments: