Resepi Kerabu Udang Sotong Thai
Bahan-Bahan:
2. Sotong siang bersih buang dakwat. Potong bentuk gelang,
Rebus udang dan sotong dalam air mendidih dalam setengah ke satu minit. Jangan lama, nanti udang / sotong jadi liat. Sejat air dan sejukkan.
3. Sebiji tomato potong kiub.
4. Sebiji bawang merah besar potong nipis.
5. 2 ulas bawang putih potong nipis dan kecil.
6. Sebatang serai potong nipis.
7. 5-7 tangkai daun ketumbar potong halus.
8. 4-5 biji lada burung potong kecil.
Campur bahan 1 - 8 dalam mangkuk.
Perasa:
9. Potong sebiji buah limau nipis.
10. Satu sudu teh sos ikan (tak ada pun takpa)
11. Garam secukup rasa.
12. Gula secukup rasa.
Masukkan garam, gula, sos ikan dalam campuran bahan 1 - 8 dan perahkan limau nipis. Gaulkan mereka-mereka itu sampai sebati.
Tips untuk rasa lebih sedap, sejukkan campuran 1 - 8 dalam peti sejuk terlebih dahulu. Kemudian barulah campur garam, gula, sos ikan dan gaulkan dengan perahan limau nipis.
Nak sedak lagi, makan dengan nasi air. Sedaakkk puah hati bohhh.
Copyright @saupee 2016
1 comment:
Thorrrbaikk bohh 😁😆
Post a Comment