Showing posts with label Hari Kebangsaan. Show all posts
Showing posts with label Hari Kebangsaan. Show all posts

Wednesday, September 16, 2015

Adakah Perlu Menyambut 16 September Hari Malaysia?

Pada pandangan peribadi saya, 16 September memberi makna bahawa rakyat bersifat lebih berkepompong. 

Melayu dengan Melayunya, Cina dengan Cinanya. India dengan Indianya, Iban dengan Ibannya, Kadazan dengan Kadazannya.

Semenanjung dengan perangainya. Sabah dengan identitinya, Sarawak dengan kemegahannya.

Di mana sifat kenegaraan Malaysia yang satu jika semua kepompong terus terperangkap dalam kepompong sendiri?

Baik sambut 31 Ogos sahaja. Cukup. Hari Kemerdekaan, Hari Kebangsaan Malaysia yang sejak kecil kita disemai bahawa kita telah keluar dari kepompong penjajah Inggeris.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Sekian. Kbai...

Sunday, September 6, 2015

Hari Kebangsaan, Bahasa Malaysia, Bahasa Kebangsaan Malaysia

Tak berapa berkenan dengan iklan Aspirasi Merdeka PM sempena Hari Kebangsaan 2015 dan Hari Malaysia 2015. Perpaduan semakin terurai sebab gagal membawa mesej jelas Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Perpaduan bangsa Malaysia.

Sebaliknya dipertontonkan beberapa orang dewasa bercakap dalam bahasa lain. Melayu cakap Cina. Cina cakap Tamil. India cakap BM. PM sudah tentulah cakap BM. Hasrat penerbit mungkin untuk menyatakan bahawa perpaduan terbina apabila rakyat Malaysia boleh bercakap bahasa lain.

Diakui Malaysia mempunyai kepelbagaian seperti bahasa dan bangsa. Tetapi untuk memupuk perpaduan, penekanan yang sebenarnya ialah sepatutnya keSATUan BAHASA iaitu satu BAHASA MALAYSIA sahaja. Setiap orang bercakap Bahasa Malaysia yang menjadi jambatan sesama rakyat.

Orang yang pernah melihat iklan zaman 80-an dan bersekolah masa itu tentu 'like' pandangan ini.

BAHASA MALAYSIA BAHASA PERPADUAN DAN BAHASA SEMUA BANGSA MALAYSIA

"Selamat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015"

"Sehati Sejiwa"