Showing posts with label pickled young manggo. Show all posts
Showing posts with label pickled young manggo. Show all posts

Saturday, October 1, 2016

Cara-Cara Membuat Jeruk Mangga Asam Boi Harum

Bahan-bahan:

1. Buah mangga epal.
2. Cili api/padi/lada burung.
3. Limau kasturi.
4. Asam boi.
5. Gula pasir.
6. Sedikit garam.

Gambar bahan-bahan untuk mudahkan rujukan dan mencabar ketahanan mulut daripada melelehkan air liur.


Mangga epal yang siap dipotong kecil. Dalam mangkuk ni mengandungi 6 biji mangga bersaiz sederhana.

Limau kasturi, cili api/padi/lada burung dan asam boi.

Bahan-bahan bergambar bersama.

Mangga epal, limau kasturi, cili api/padi/lada burung dan asam boi yang siap dipotong kecil-kecil. Sedia untuk bergaul-gaul bersama.

Campuran mangga epal, cili, limau kasturi tanpa asam boi.

Campuran mangga, cili, limau kasturi dan asam boi.

Taburkan gula dan sedikit garam (tanpa adam boi).

Taburkan gula dan sedikit garam (ada asam boi).

Bahan-bahan yang telah digaul dengan gula dan sedikit garam (tanpa asam boi).

Bahan-bahan yang telah digaul dengan gula dan sedikit garam (dengan asam boi).

Setelah semua bahan digaul, masukkan ke dalam peti sejuk selama 3 jam. Dan jeruk mangga (asam boi/tanpa asam boi) harum sedia untuk anda ratah dengan perlahan-lahan bagi merasai kemanisan, kemasaman, kemasinan, kepedasan, kepahitan dan keharuman yang sungguh mengecurkan air liur. Slurrrpppp. Sedakkkk weh!

Selamat Mencuba!

Resepi ciptaan sendiri Chef Saupee @2016

Thursday, October 23, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi / Pickled Young Manggo

Di media sosial, seperti sudah menjadi kegilaan ramai dengan jeruk terbaru...jeruk mangga asam boi. Okay, saya pun ingin berkongsi cara-cara hendak membuat jeruk asam boi yang dikatakan lazat, masam-masam masin dan manis. Saya nak tambah lagi rasanya supaya lebih power dan menyengat.

Bahan-bahan:-

1. Buah mangga muda. Seelok-eloknya yang sudah tua tapi belum masak.
2. Gula secukup rasa.
3. Garam secukup rasa.
4. Gula merah atau gula melaka.
5. Cili padi merah. Buang biji dan dipotong halus.
6. Asam boi.
* Air atau cuka tidak digunakan sama sekali!

Cara-cara membuat.

1. Kopek kulit mangga dan basuh. Hiris mangga tidak terlalu nipis tidak terlalu tebal. Pastikan mangga tidak basah. Masukkan ke dalam mangkuk supaya mudah untuk digaul.
2. Campurkan mangga tadi dengan asam boi, gula yang banyak, sedikit garam, gula melaka yang telah dihancurkan dan cili padi merah yang telah dipotong halus. Gaulkan sehingga rata.
3. Biarkan campuran tadi selama satu jam sehingga semua gula, garam dan gula melaka telah benar-benar hancur. Gaulkan lagi setiap 30 minit untuk 3 jam lagi agar campuran betul-betul sebati.
4. Sebagai petunjuk jeruk mangga sudah sedia untuk dimakan ialah apabila terdapat air dalam mangkuk. Air ini ialah air daripada buah mangga yang telah meresap keluar kerana proses dehidrasi apabila dicampur gula dan garam.
5. Selepas 3 jam masukkan jeruk tadi ke dalam peti ais sehingga sejuk.
6. Jeruk Mangga Asam Boi sedia untuk dimakan!

Selamat mencuba!!!

-- Chef Saupee